Wednesday, December 13, 2017

Kawan

Salam / Selamat buat semua !

Hari ni admin petik and ulaskan topik pasal kawan. Korang mesti ada kawan kan? Macam-macam kawan yang korang ada. Ada yang kaya, miskin, bodoh, pandai, and macam-macam lagi.

Admin terdetik nak kisah pasal pengalaman admin sepanjang puluh tahun hidup ni. Admin jenis berkawan dengan semua. Tak kisah lah kau gemuk ke, kurus ke , cacat ke, kaya ke, miskin ke. Semua admin berkawan. As long as tak menyakitkan hati tak pe.

Tau kenapa admin suka berkawan dengan semua orang ? Sebab dari situ lah kita ada banyak pengalaman and bertambah dewasa. Pemikiran jauh lebih matang lebih dari umur kita sekrang. 

Sebagai contoh lah admin bagi. Admin ada kawan penagih. Jenis hisap dadah, hisap batu bagai. Tapi admin tak kisah pun . Sebab bagi admin. Dia pun manusia. Kita manusia bukan sempurna. Buat apa kita nak memilih kawan. Sedangkan diri kita takde lah bagus mana. Haaa kan admin dah membebel. 

Berbalik pada cerita tadi. Haa tau kenapa admin berkawan dengan dia ? Even dia penagih sekali pun. Dia tak pernah ajak admin untuk join skali. Siap bagi nasihat kat admin supaya jangan jadi macam dia. Buang duit, seksa diri and benda ni haram lagi pun. So dari situ admin ada pengalaman. Macam mana nak counter dengan budak2 yg dah high teruk ni. Macam mana nak nasihatkan dorang. Macam mana tau dengan dunia dorang. At least admin faham perasaan dorang.

Bukan sebb kau berkawan dengan penagih. Kau kena jadi one of penagih gak. Sebab benda tu bodohlah. Depends on you dear. Kau ada otak kau boleh fikir mana baik mana buruk. Apa hasil bila kau dah amik barang sana sini. Hidup kau tak terurus babe. 

Kekadang ada juga cakap ngan admin. Kau jangan berkawan dengan tu lah ini lah. Bagi admin. Kalau orang tu tak de masalah dengan admin. Admin akan kawan je. Kalau korang dua gaduh. Tapi admin baik dgan both of them . Admin ok je . Itu masalah kau dorang. But admin ok dengan korang.


Bila cerita pasal kawan ni banyak beb. Tapi sebabkan admin penat. Admin cuma ulas sikit je lah untuk hari ni. 

So pesanan admin buat semua. Berkawanlah dengan semua. Jangan lah memilih kawan. Buat apa kau memilih kawan. Tapi kawan-kawan yang kau pilih tu tak tolong pun time kau susah. Semua lepas tangan. Jangan simpan dalam kepala otak benda negatif je. Cuba positif. Kalau set positif dalam otak. In Syaa Allah akan jadi positif hidup korang. Haha. Lol.


Sokeylah. Sampai sini sahaja . Sampai ketemu lagi gais. :)